5.1 Melaksanakan Tindakan
Aktiviti 1:
Guru menggunakan perisian What’s My Angles dan dipancarkan ke skrin menggunakan LCD. Guru menggunakan menu berikut:
· Show the angle
· Make and measure
· Up to 90 degrees
· Up to 180 degrees
· Estimating up to 90 degrees
· Estimating up to 180 degrees
Guru membimbing pelajar menjawab soalan dalam aktiviti di atas.
Pemerhatian
Semua murid
Refleksi:
Saya sungguh yakin selepas ini pelajar dapat mengangar saiz sudut dan seterusnya dapat mengukur sudut dengan tepat.
Aktiviti 2:
Guru seterusnya mengemukakan 20 soalan topical berkaitan tajuk menganggar dan mengukur sudut.
Pemerhatian
Guru memeriksa jawapan pelajar dan merekodkan dan hasilnya adalah seperti berikut:
Gred | A | B | C | D | E |
Bilangan pelajar | 8 | 10 | 10 | 2 | 0 |
Refleksi:
Saya sungguh bangga melihat pencapaian yang luar biasa pelajar-pelajar. Sebahagian besar dari mereka telah dapat menjawab dengan tepat. Mereka sangat yakin memperolehi markah penuh bagi soalan yang seumpamanya.
5.2 Penilaian
Pada peringkat permulaan guru memang berkeyakinan bahawa kegiatan-kegiatan ini dapat meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran tajuk menganggar bukaan suatu sudut. Setelah memikirkan dan berbekal kemahiran, usaha ini telah membolehkan pelajar menganggar dengan yakin dalam menjawab soalan ini.
5.3 Refleksi Kajian
Lebih kurang 50% murid melalui laluan yang saya gunakan kepada mereka. Saya seronok apabila mereka dapat menjawab dengan tepat . Murid saya semakin berminat untuk menyelesai masalah berkaitan dengan sudut dalam matematik.
No comments:
Post a Comment